Saturday 19 October 2013

HATIKU BERBUNGA ORKID

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum kawan2 samua
apa khabar iman kita?hehe..lama menyepi dek kesibukan sebagai pelajar tahun akhir..
Alhamdulillah,masih berkesempatan untuk bersama kalian..


Subhanallah,alhamdulillah,allahu akbar ..cantiknya orkid pink ni kn?hati saya pon warna pink ke??hehehe..mentang2 la minat warna pink,habis semua nak pink..

Cuba perhatikan betul2 bunga tu??cantikkn? mekar lg kn? wangi kn??
bermacam andaian hadir dalam fikiran kita.tanpa dekati,belum tentu dapat kita tahu isinya kn?
allahu rabbi...besarnya nikmatmu ya allah

Sy nak jadi bunga orkid..bleh ke??hihi..sy nk jadi seperti bunga orkid,yg sentiasa mekar tanpa sentuhan mana2 kumbang sebelum ianya halal selepas 'akad nikah'.allahu allah
Besarnya dugaan yg hadir,kuatnya cabaran yg perlu dilalui,besarnya pengorbanan yg ditempuhi,namun semuanya perlu dilalui dengan berhati-hati agar tidak tergelincir dipersimpangan jalan. Hanya kepadamu ku berserah ya allah..



MasyaAllah...SWEET NYEEEE
sy bukan la minat sangat bunga,tp bunga tetap akan jd contoh buat sy
Perempuan ibarat bunga.Ianya akan sentiasa mekar semekar mekarnya..
Namun,akan layu juga jika tidak dijaga dengan rapi.
Begitu juga perempuan,kalau tidak dijaga hubungan yang diredhai,kemanisan dalam perkahwinan tidak akan bereti.

"k.shahida da bertunang ke?"
"k.shaida bila nak kawin?"
"orang yang senyap mcm k.shida ni,biasanye akan mendahului dulu"

Soalan mahal ni la yang salu orang tanya kan?sy hanya mampu tersenyum dan dalam hati berkata"
ya allah,jika sudah sampai jodohku,temulah ak dengan sseorang yang terbaik diantara yang terbaik,agar dapat bimbing ak menuju jalan redhamu'.

sy diam bukan bererti saya merahsiakan. Tp sy takut untuk berkata2..hehe
doakan agar allah temukan sy dengan org yg betul2 layak..

ya rabb,hanya kepadamu kumeminta,namun segalanya atas redhamu.

Sunday 15 September 2013

    :: INDAHNYA BERUKHUWWAH KERANA ALLAH ::

Alhamdulillah, 9.9.2013 bermula la sem baru dan juga sem last kami di universiti sains islam malaysia sebagai mahasiswi bahasa arab dan komunikasi. Bukan senang untuk mengorak langkah sehingga ke sem akhir..alhamdulillah,allah bagi kekuatan buat kami.Dan juga bukan senang untuk bergelar sebagai mahasiswi tahun akhir kerana bermacam2 yang kami perlu selesaikan untuk bergraduasi.ya ALLAH,permudahkan urusan kami.

segalanya bermula disini

Hanya 14 minggu kami disini,pelbagai kenangan yang perlu dikutip untuk tatapan masa hadapan.Bak kata kawan sy, 'semua ini sejarah buat kita'.Jadi kami ambil masa diawal sem ini (sebelum asigment+thesis melanda ) untuk abadikan kenaangan bersama kawan-kawan.hehe

Bunyinye macam kelakar kn,tp 10 tahun akan datang kenangan ni la yang akan menjadi 'sejarah' buat kita. Saya sentiasa tersenyum bila,ingat balik kenangan2 mula2 masuk usim pd 2010. Kisah semalam adalah kenangan.esok dan lusa adalah sejarah yang tidak mungkin akan berulang.Masya allah





 Mereka adalah kekuatan buat saya dikala stress dengan asigmnet..hihi.

Thursday 1 August 2013

Sanah Helwah Ya Sodiqoti

:: 24 ramadhan ::
Bismillah...
Alhamdulillah,syukur ya allah masih diberi kesempatan untuk merasai lagi nikmat bulan ramadhan ini.Allahu rabbi,cepat betul masa berlalu.Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak lama lg.adakah ini ramadhan terakhir buat kita??/ya allah,pnjag lah umurku,untuk merasai lagi nikmat ramadhan akan dtg.

1 ogos,merupakan hari kelahiran sahabat seperjuanganku. Sanah helwah ya ukhti mahbubah!!Tiada hadiah seberat emas,tiada hadiah besar,cukup lah setangkai doa yang sentiasa mengiringimu..

SELAMAT HARI TUA..HEHE
 Semoga allah memberkatimu,memperluasakn pintu rezeki,memanjangkan umur,dan diperkuatkan iman..last sekali, SEMOGA CEPAT SAMPAI JODOH..hehehe



                               TERIMA KASIH ALLAH.,

Kerana hadirkan seorang teman buatku.Hadirnya pengubat dikala sunyi.Sungguh tidak kusangka akan pertemuan ini,Namun hati tetap bersyukur dianugerahkan seorang sahabat yang sentiasa sabar melayan kerenahku,kekuatan tautan hati kami atas dasar   perjuangan ya allah.

DUHAI ALLAH,

  kuatkanlah iman kami,panjangkan lah umur kami,murahkan rezeki yang melimpah ruah utnuk kami,Kuatkan lah tautan mahabbah diantara kami,jika kami berpisah didunia,temuilah kami disyurga mu ya allah.

YA RABB,

Manfaatkan lah ilmu yang kami pelajari,kuatkan ingatan kami atas dasar mencari ilmu agamu ya allah..perteguhkan lah kekuatan akal fikiran kami,kerana hidup dan mati kami hanya mencari jalan agamaMu ,.

  • ASIAH CHE HASSIN & NOOR SHAHIDA MANAF





ampun dan maaf andai Pernah mengguris hatimu,sungguh, uhibbuki fillah




Coretan ikhlas,
dada cute.



Friday 31 May 2013

:::: JODOH ITU RAHSIA ALLAH ::::



Assalamualaikum,dan salam kasih sayang semua :)
sekarang musim cuti sekolah kn?? Alhamdulillah,ramai sangat2 yang mendirikan Baitul muslim sempena cuti sekolah ini. Maklum laaa,nk rebut peluang semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama bukanyee senang kn.. dan ramai juga yg kawin muda diusia awal 20-an..Alhamdulillah jodoh mereka sampai awal..

Jodoh datang tidak dipinta,Namun semuanya ketentuan Allah semuanya.Ada yg belum bersedia,tiba-tiba disebalik tidak bersedia itu allah dtgkn 'imam' buatnya.Namun,ada yang ditunggu-tunggu tak juga tiba bakal 'imam' itu..Duhai hati,bersabarlah..cepat atau lambat,surat tersurat di luh mahfiz siapa jodohmu.

Ada juga yang bercinta cintun hampir 10 tahun. Tapi takdir allah,tidak dapat diduga.Jodoh yg diharap berkekalan tidak sampai ke jinjing pelamin.Semua 'kuasa' ditangan allah. Tetapi,ada yg tidak pernah kenal,apatah lagi bersua dan bercakap.tup2 mereka bertemu jodoh. Masya Allah...
IndahNya aturan Allah kn..

                           ya ALLAH,jika aku jatuh cinta
                          cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU
                          agar bertambah kekuatanku untuk mencintainya

Namun agak kecewa dengan segelintir remaja zaman sekarang. Mereka terlaku taasub dgn 'cinta monyet'.hehe..sy dulu pon pernah remaja. Pengalaman sebagai remaja itu la sy jadikan sebagai pengalaman yg paling tidak dpt dilupakan.Bukan mengalaman 'bercinta na'..heee..xsalah nak bercinta wahai sahabt sekalian.tetapi,cuma pandai-pandai la menjaga diri agar tidak 'terbabas'.Konsep cinta islamik heboh diperkatakan,Namun bukanye senang nk bercinta secara islamik kn.Hati yang berkata tidak diikuti dengan perbuatan.Senang2 terus kawin la ye..

Ada segelintir mereka tidak mengetahui jodoh mereka..Jalan terbaik adalah meminta petunjuk allah,iaitu solat istiqaroh.Jika petunjuk baik,maka dia adalah jodoh terbaik mu.Dan untuk mnegetahui dia adalah jodoh kita,apabila denganya hati kita menjadi tenang..

Oleh itu,bagi yang sudah 'terusik hatinya' maka percepatkan walimahnya..Usah ditangguhkan bait muslim itu,kerana ada ganjaran didepannya,Jangan takut kawin muda,dengan alasan belum bersedia,xcukup duit dan sebagainya. Namun,percayalah allah akan meberikan keluasan rezeki buat mereka yang mengidupkan sunnahNya.. SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat2 yang mendirikan bait muslim..Doakan saya juga..hehehe..

Thursday 30 May 2013

ALLAH Uji Tandanya Sayang




ALHAMDULILLAH..Pada hari jumaat yang barakah ini,sy diuji dengan ujian yang amat berat sekali. Tapi seberat manapun Ujian ini,tak dapat dibandingkan lagi dgn Ujian yg terpaksa dipikul oleh Junjungan nabi Muhammad SAW. Allahuakbar !!!Tabahnya Beliau...
Asssigment yang sy buat dan yang paling agak berat sekali sehingga saya tidur pukul 6.30 pagi hilang begitu sahaja. Namun,hati saya tetap husnulzOn, mungkin allah nak uji saya bilamana hati saya 'berbunga-bunga' nk balik esk.

Perancangan allah adalah sebaik-baik perancangan. Bilamana diuji,sy cuba muhasabah diri .Mungkin segala kekurangan pada saya sebelum ini,allah uji pada hari jumaat yang barOkah ini.. Subhanallah..
Bila saya teringat balik,ada 'hikmah' jugak saya balik pada 1.6 ( my special besday). Allah !! Rupa-rupanya allah nak uji. Terima kasih ya allah atas ujian ini. Hambamu ini redha dan pasrah.

Apabila kawan-kawan tanya kenapa balik lewat,sedangkan ramai yang balik pada 31.5.Namun,dengan pantas sy menjawab, ' takot-takot ada assigmnt yang belum submit,dan dr mikail bagi asgmnt xtentu,bila dia kata nak,terpaksa la pelajar mithali menurut segala arahanya'. Subhanallah,ini rupa-rupanya hikmat allah.

Apabila menerima ujian,jangan lah terus putus asa.Cuba muhasabah diri. Pada mulanya,sy agak 'give-up' namun setelah muhasabah balik apa hikmat disebalik apa yg berlaku ini,sy kembali 'cool' malah boleh gelak lagi.Tiada guna kita menangisi segala ujian yang allah bagi,namun terima la dengan hati yang redha.

        Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNy

Siapa tak sedih kn?? hanya tunggu nak print dan submit je.assigment ni mmg agak 'mencabar' juga,berbanding dengan yg sebelum ni kerana terpaksa 'main' dgn nombor.sy mmg agak 'malas' kerja2 yang berkaitan dengan nombor. Sanggup bersengkang mata,tak cukup tidur,sakit belakang,sakit kepala dan paling tidak lupa, saya buat assigment tu sambil 'selsema menjelma'.Dalam keadaan kesihatan tidak berapa stabil,sy gagahkan juga untuk siapkan .Namun,yg pastinya sy buat semua tu dengan ikhlas,dan terima ujian ini juga dengan redha.

Rupa-rupanya allah hadirkan 2ujian buat sy sebelum balik kg..Terima kasih ya Allah ats ujianmu ini.Walaupun hati da 'berbunga-bunga' teringat 'jalan rumah'.hehe..homesick plak..insya ALLAH,sy akan cuba buat balik dengan 'hati yang kuat'.

Ujian ALLAH datang tanpa mengenal waktunya. Sentiasa la berhusnuzOn dalam setiap musibah yg datang,kerana setiap musibah mahupun ujian itu ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu. Segalanya Niat kerana ALLAH TAALA.Mulakan dengan Bismillah.. <3 *___*

Tuesday 28 May 2013

Mencari Redha ALLAH



Assalamualaikum wbt
bagaimana iman kwn2 semua??bagaimana nk tingkatkn iman dan taqwa pd allah?/bagaimana nak cari REDHA ALLAH??haaaa,meh sni sy nk kongsikan sekadar sdikit pngetahuan saya.. ^--^

Jika hidup ini bukan kerana allah,amatlah sia-sia sahaja.Jika mengharapkan syurga allah,cari la bekalan akhirat agar kita sudah bersedia menghadapinya..masya allah...

Syurga allah amatlah mahal <3
Namun,jika kita dahulukan akhirat berbanding dunia,amatlah senang menjadi penghuni syurga.
Moga kita tergolong dikalangan para soleh dan solehah dan menjadi penghuni syurga..
amin2 ya allah..hamba dambakan syurgamu..

Rasulullah saw telah bersabda: “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

BAGAIMANA NAK CARI REDHA ALLAH..
*-melakukan suruhan dan meninggalkan segala larangannyee
*- sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik
*- menjauhkan dari segala perkara yang melalaikan
*- memperbanyakkan amalan sunat
*- sentiasa mendekatkan diri pada Nya
*- sentiasa bertaubat apabila sedar melakukan kesilapan

ANTARA SIFAT YANG TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH
# riak dan takabbur
# sombong


# menipu (munafik)
# tidak menunaikan janji
# tidak amanah


Hati perlu sentiasa ' dibersihkan' agar tiada kekotoran yang bersarang dalam tubuh kita.Apapun yang kita buat,segalanya bermula dengan 'niat'.jika niat kejalan yg betul,maka pahala yg dapat.Namun,jika niat kearah kebaikan,senang2 sahaja malaikat mencatat dosa kita kn?? Ayuh sahabat2 semua,jom sama2 kita mencari redha allah agar bertemu lagi 'disyurga allah'..amin2





Jika redha allah yang didambakan,insya allah allah sentiasa dekat dengan kita.bukan pujian yang kudambakan,tetapi cukuplah menggapai redha allah..moga kita tergolong didalam rahmat dan kasih sayang allah..sayang u all fillah


Saturday 25 May 2013

<3 <3 TAK KENAL MAKA TAK CINTA <3 <3

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulilllah,masih lagi diberi nafas untuk bernyawa dibumi allah ini.
tak kenal maka tak cinta..betul x???
dalam kehidupan seharian,kita dapat mengenali pelbagai jenis orang..Adakalanya kehadiran seseorang dapat membuatkan kita tersenyum sendirian..Dan adakalnya,kehadiran seseorang menambah lagi luka dihati..siapa kita nk menolak takdir itu kn??

warna - warni kehidupan
Hidup ibarat pelangi ^---^..warna warni dan adakalnya cerah dan adakalanya mendung
begitulah dengan kehidupan manusia..ok,kita bncng psal topik kita plak na,,heee

Manusia suka memandang kelemahan orang,tapi kelemahan diri sendri memang tak nampak.sebelum nak cari kelemhan orang,mohon belek diri masing2 ye..hehe
sebab apa sy ckp mcm tu??
kadang,kita xknl pon lg org tu,terus je menilai org tu tak elok laa,apa laa..Tak kenal siapa dia,maka tidalah sifat cinta kn??
cinta mksud sy bukan cinta cintun remaja zaman sekarang.bila kita tak kenal orang tu.memang kita tak akan ada sifat kasih dan sayang...Allah hadirkan hati untuk berkasih sayang dan berukhuwah sesama manusia..
Jadi, sebelum kita mengenali hati budi seseorang,jangan la terus menilainya..

saya teringat satu hadis yang lebih kurang macam ni maksudnya, ": jika kamu tidak bersmanya selama 40hari 40 malam,kamu tidak akan megenali hati budinya,,
subhanallah <3 

kita hanya kenal sehari,bahkan baru beberapa minit terus menilai kn??so,mulai sekarang ubah lah persepsi sahabat2 semua.. kita tidak akan mengasihi sesama sendiri sebelum hati bertaut <3

kalau saya,saya mudah mengenali orang..hehe..jika saya mengenali org tu,mmg sy akan syg selamaya,,TETAPI, jika sekali tersentuh,selamanya terkesan dihati hatta disapu menggunkan pemadam..hehe

TAK KENAL MAKA TAK CINTA..kenalilah dulu seseorang itu,disusuli dengan kasih sayang yg datang bertandang tanpa dipinta <3


Saturday 18 May 2013

SOLAT SUNAT DHUHA

::; :: Solat Sunat Dhuha ::::;

“ Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

ALhamdulillah, ALhamdulillah DAN alhamdulillah..........


apa khabar kwn2 semua,..apa yg kawan2 faham tentang  ' SOLAT SUNAT DHUHA '..??
Apa yg dimaksudkan dgn solat dhuha???haaaa,mari sama2 kita kongsi disini ye ^--^.
Dhuha bermaksud pg,jd mmg solat ini dilakukan pd waktu pagi iaitu 20minit selepas terbit matahari dan berakhir sebelum zohor.klau mengikut jam,sekitar pukul 7pg sehingga pukul 1 tengah hari..
bilangan rakaat pula,mengikut kemampuan,2,4,6,8,dan 12 rakaat.

cara-cara melakukan solat sunat dhuha
1) niat solat dhuha
- sahaja aku sembahyang solat sunat dhuha,2 rakaat kerana allah taala

2)rakaat pertama
-baca alfatihah & dan ayat kursi @ alfatihah & assyam

3)rakaat kedua\
-baca alfatihah & surah al-ikhlas@ alfatihah & dhuha

4)membaca doa
-seeloknya membaca doa yg dikhususkan kerana banyak sangat pengertian disebalik doa itu..antara doanya::
        ** ya allah,bahawasanya waktu dhuha itu dhuhamu,kecantikan itu ialah kecantikanmu,keindahan itu 
             keindahanmu,kekuatan itu kekuatanmu,kekuasaan itu kekuasaanmu,dan perlindungn itu                      
             perlindungnmu," ya ALLAH jika rezekiku masih dilangit,turunkanlah dan jika ada dibumi keluarkanlah,jika     sukar mudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu   dhuha,keagungn,keindahan,kekuatan dan kekuasaanmu,limpahkanlah segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."

solat dhuha ini merupakan solat sunat yang sering dilakukan oleh nabi muhammad S.A.W.lagi elok jika kita istiqomah (berterusan) melakukan solat sunat ini.Luangkan sedikit masa untuk melakukan solat ini.Sedikit masa yg diambil untuk solat,tp pahalanyaa berganda2..ayuh sahabat2 semua...

Antara kelebihan melakukan solat sunat dhuha..
1) Dimurahkan rezeki
      2)dipermudahkan segala urusam
                                                          3)diampunkan oleh allah segala dosanya walaupon seperti buih dilautan   4) hidup dalam keredhaan allah

huhuhu..jom sahabat2 smua,kita menghidupkan solat sunnat dhuha..moga kita tergolong dikalangan hamba2 yang soleh..amin2 ya allah..

Tuesday 14 May 2013

                                  .......... YANG TERTUTUP ITU INDAH......

ASSALAMUALAIKUM WBT..

       alhamdulillah,berjumpa lagi kita pada entry kali ini..sudah lama agaknye sy xupdate papew kt sini..masa sangat2 terhad,alhamdulillah sy " curi " sedikit masa untuk berkongsi sedikit perkongsian dgn kawan2 semua.. 
   
       Yang tertutup itu sangat2 indah.. MASYA ALLAH..wahai perempuan2 sekalian,tutup lah aurat mu itu. jagalah akhlakmu juga perhiasan peribadimu..simpan lah ia untuk tatapan untuk yang 'HALAL" sahaja..sebaik-baik wanita solehah ialah yang menjaga akhlak,tutur katanya serta menutup aurat.
dalam al-quran allah ad berpesan ::


    ” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]

     perempuan2 yg belum berkahwin,dosanya tidak menutup aurat ditanggung oleh bapanya..klau da kawin,dosanya ditangung oleh suaminya.jika sayangkn 2orang lelaki itu,maka tutuplah auratmu sekalian..yang tertutup itu indah.

Antara kelebihan menutup aurat :

1) mendapat redha allah
2) dijauhkan dari dijilat api neraka
3)menjaga kehormatan diri
4) dijauhkan dari fitnah
5) menjaga syariat allah
6) mengelakkan diri dari perkara yang melalaikan

MASYA ALLAH,sungguh indah jika ditutup dan dijaga dengan rapi..AYUH sahabat2 semua,sama2 kita menjaga syariat ini,agar indah terpelihara..

jadilah dirimu mawar syurga yang indah dipandang,,,

Tuesday 23 April 2013

;;;;;; Senyum ohhh Senyum ;;;;;;
Bismillahirrahmanirrahim.....Alhamdulillah berjumpa lagi kita untuk meneruskan sisa dakwah junjungan Nabi muhammad saw......

          Entry kali ni saya nak berkongsi tentang "senyuman" ^_^. Senyuman yang terukir dari raut wajah kita memberikan seribu pengertian. Senyuman  juga ad 2 jenis iaitu senyuman ikhlas dan juga senyuman palsu. Disebalik senyuman itu tersimpan seribu pengertian.Ada kalanya,orang buat-senyum meskipun hati sengsara.Adakalanya terus xd mood bila ada masalah. Bila hati berbicara,mulut hanya senyum *_*.Allah hadirkan manusia yang perbagai ragam..

*boleh jenguk link ini utk mngetahui makna senyuman 

sentiasa senyum walaupun pahit

senyum itu sedekah ^______________^
bagi yang nk cari pahala banyak2, jom senyum ye..tak salah jika memberi senyuman,kerana dengan senyuman boleh menghiburkan hati dan juga menhilangkan segala kedukaan..
SUBAHANALLAH MAHA SUCI ALLAH


Jika tak mampu sedekah dengan wang ringgit,cukuplah dengan senyuman dibibir manis anugerah allah itu.senyuman juga merupakan hidayah dari allah untuk semua hambanya dimuka bumi ini.
\\
RASULULLAH juga mengajar kita untuk senyum,kerana senyum merupakan 1 ibadah. Kadang-kadang tanpa disedari,senyum itu datang sendiri dari bibir manis kita.

    Antara kelebihan senyum itu ^_^
  # Senyum membuatkan kita nampak menarik
  #senyum membuatkan perasaan kita menjadi lebih baik
  #senyum dapat menjauhkan dari sifat negatif
  # senyum juga dapat menghilangkan stress

Sahabat-sahabat semua,jom senyum sama-sama nak cari pahala lebih ..semoga kita tergolong dikalangan ahli2 syurga.ALLAHUMMA AMIN..
    


Sunday 14 April 2013

::: KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN :::

kitab suci allah

Alhamdulillah...

Alquran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada nabi kita muhammad s.a.w melalui malaikat jibril a.s..sebagai umat islam,sangat2 beruntung kerana dipilih oleh allah untuk mengayati isi yang terkandung didalam kitab suci ini.pelbagai isi yang terkandung didalam kitab suci itu.Ianya diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaanya kepada allah serta dipaparkan juga kisah-kisah teladan yang betul-betul berlaku sebelum turunnya alquran dan selepas turunya alquran...subhanallah...

"Sebaik-baik manusia dikalangan kamu adalah mereka yang mempelajari alquran dan mengajarkanya"-maksud hadis

Al-quran ini tidak mengira umur,mahupun pangkat..semua orang islam boleh membacanya.Seeloknya,diamalkan membacanya setiap hari.Antara adab-adab sebelum membaca al-quran :

1) mengambil wudhu'
2) menutup aurat  
3)meletakkan al-quran lebih tinggi dari kaki

Sekiranya belum lancar bacaanya,boleh berguru dengan orang2 yang fasih dari segi bacaan dan juga makhraj.Allah memuliaakan orang-orang yang selalu mengamalkan bacaan didalam kehidupan harianya.
Antara kelebihan membaca al-quran :

1) Membaca satu huruf al-quran akan memperoleh kebaikan
Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-quran ,maka ia memperoleh satu kebaikan,sedang satu kebaikan iti akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.Aku tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf,tetapi alif adalah satu huruf,lam satu huruf dan mim juga satu huruf.

2) Al-quran akan memberi pertolongan pada hari akhirat

3)pahala buat mereka yang lancar dan juga yang tidak lancar ( yang berusaha untuk memperbaiki bacaanya)

4)Syurga untuk orang ahli al-quran iaitu sebanyak mana yang dibaca sewaktu didunia

5)pendamping al-quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemuliaan serta mendapat keredhaan allah

6) hidupnya akan sentiasa diberkati allah

orang yang selalu dekat dengan allah,insyallah allah akan selalu dekatnya.dan juga orang yang sentiasa berdamping dengan kitab suci allah ini,dan mengamalkannya dalam kehidupam seharian allah akan mengangkat tnggi darjatnya.
Alhamdulillah,moga redha allah mengiringi kita. (**)


jadikan al-quran itu sebagai pendamping hidup dan juga penawar segala masalah.





Tuesday 9 April 2013

   INDAHNYA BERSABAR,,,

    
     ALHAMDULILLAH...masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dibumi allah ini..apa khabar sahabat2 smua??bgaimana dgn iman kita hari ni??moga dibawah lindungan rahmat dan kasih syg allah s.a.w..
Entry kali ni,sy ingin berkongsi tentang INDAHNYA BERSABAR..pernahkah kita mengalami ujian dari allah??mengalami masalah dgn kwn2??masalah peribadi dan sebagainya??MASYA ALLAH...kita adalah manusia yang terpilih untuk menerima ujian ini..pernahkah kalian terfikir,setiap masalah yang diuji itu sebagai penghapus dosa??setiap masalah ad jln penyelesainya,,semuanya niat kerana ALLAH s.a.w..

sabar itu kunci pembuka pertolongan allah s.a.W
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar."

    Antara keutamaan sifat sabar ialah :
.   #masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
.   #diampunkan dosa-dosa yang lalu
   .# memilliki iman yang sejati.


Masya allah,beruntungnya mereka yang diuji itu..allah uji maknanya allah SAYANG kita..didalam ALQURAN allah ada menyebut bahawa,setiap manusia pasti akan duiji..subhanallah!!sgt2 beruntung mereka yang menerima ujian allah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda :
' siapa yg ingin bersabar,maka allah akan memberikAN kesabaran kepadanya.Dia tidak memberikan  seseorang yg terbaik dan terluas daripada sabar "

Allah uji tanda allah sayang kita..Allah uji juga,mahu melihat KESABARAN kita..sejaun mana kita mampu bersabar dengan ujian allah didunia ini.Rasulullah mengajar ummatnya bersabar walaup sebesar manapun ujian itu.Beliau lagi hebat diuji berbanding dgn ujian kita yg hanya sebesar zarah..tp mampu lg bertahan..MASYA ALLAH..mulianya beliau..

Jika kita kalah menahan ujian,maka syaitan orang yg paling gembira sekali..antara tips menahan Sabar :
  < istighfar banyak
  <seusai solat,berdoa memohon pertolongan allah
  <mengadulah pd allah,jgn mengadu pada manusia
  <selalu baca quran ( in sya allah selepas baca hati akan tenang)
  <memohon petunjuk allah

in sya allah,moga kita insan terpilih yang berada dibawah lindungan allah s.a.w..jangan cepat mengalah dengan ujian yg allah bagi itu..SABAR ITU INDAH @_@

Saturday 23 March 2013

::; Erti SyukuR :::


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah,segala puji bagi allah.selawat junjungan nabi kita muhammad s.a.w.Syukur alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini.Tanpa sang pencipta,siapalah kita untuk meneruskan hidup dibumi allah ini..Alhamdulillah,syukur ya allah,kerana masih beri kesempatan untuk hamba meneruskan hidup dubumimu ini.



         Alhamdulillah,bersyukurlah apa yang ada. Jangan bezakan hidup kita dengan orang lain.nasib yang allah bagi tidak sama pada setiap manusia.kadang-kadang,kita lihat pada kemewahan orang,tapi kita tidak tahu akan apa msalah yang mereka hadapi.Mungkin kita yang tidak berharta ini,hidup lebih senang berbanding mereka yang berharta.Alhamdulillah,sentiasalah bersyukuar atas apa yang allah bagi. Perbanyakkan bersyukur dari mengeluh.

        Allah akan sentiasa mendengar rayuan mahupun setiap doa yang diminta.Namun,tidak semua yang diminta akan diperkenankan.Kadang-kadang,allah nak uji,sejauh mana tahap kesabaran kita untuk terus memohon dari NYA.

       Namun,sentiasalah bersyukur ALHAMDULILLAH.Jangan jemu untuk terus meminta,jangan cepat mengeluh,jangan berputus asa.sesungguhnya,allah maha mendengar akan setiap keluhan mahupun doa dari hambanya.
   
      ALHAMDULILAH..... SYUKUR YA ALLAH