Saturday 19 October 2013

HATIKU BERBUNGA ORKID

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum kawan2 samua
apa khabar iman kita?hehe..lama menyepi dek kesibukan sebagai pelajar tahun akhir..
Alhamdulillah,masih berkesempatan untuk bersama kalian..


Subhanallah,alhamdulillah,allahu akbar ..cantiknya orkid pink ni kn?hati saya pon warna pink ke??hehehe..mentang2 la minat warna pink,habis semua nak pink..

Cuba perhatikan betul2 bunga tu??cantikkn? mekar lg kn? wangi kn??
bermacam andaian hadir dalam fikiran kita.tanpa dekati,belum tentu dapat kita tahu isinya kn?
allahu rabbi...besarnya nikmatmu ya allah

Sy nak jadi bunga orkid..bleh ke??hihi..sy nk jadi seperti bunga orkid,yg sentiasa mekar tanpa sentuhan mana2 kumbang sebelum ianya halal selepas 'akad nikah'.allahu allah
Besarnya dugaan yg hadir,kuatnya cabaran yg perlu dilalui,besarnya pengorbanan yg ditempuhi,namun semuanya perlu dilalui dengan berhati-hati agar tidak tergelincir dipersimpangan jalan. Hanya kepadamu ku berserah ya allah..



MasyaAllah...SWEET NYEEEE
sy bukan la minat sangat bunga,tp bunga tetap akan jd contoh buat sy
Perempuan ibarat bunga.Ianya akan sentiasa mekar semekar mekarnya..
Namun,akan layu juga jika tidak dijaga dengan rapi.
Begitu juga perempuan,kalau tidak dijaga hubungan yang diredhai,kemanisan dalam perkahwinan tidak akan bereti.

"k.shahida da bertunang ke?"
"k.shaida bila nak kawin?"
"orang yang senyap mcm k.shida ni,biasanye akan mendahului dulu"

Soalan mahal ni la yang salu orang tanya kan?sy hanya mampu tersenyum dan dalam hati berkata"
ya allah,jika sudah sampai jodohku,temulah ak dengan sseorang yang terbaik diantara yang terbaik,agar dapat bimbing ak menuju jalan redhamu'.

sy diam bukan bererti saya merahsiakan. Tp sy takut untuk berkata2..hehe
doakan agar allah temukan sy dengan org yg betul2 layak..

ya rabb,hanya kepadamu kumeminta,namun segalanya atas redhamu.

Sunday 15 September 2013

    :: INDAHNYA BERUKHUWWAH KERANA ALLAH ::

Alhamdulillah, 9.9.2013 bermula la sem baru dan juga sem last kami di universiti sains islam malaysia sebagai mahasiswi bahasa arab dan komunikasi. Bukan senang untuk mengorak langkah sehingga ke sem akhir..alhamdulillah,allah bagi kekuatan buat kami.Dan juga bukan senang untuk bergelar sebagai mahasiswi tahun akhir kerana bermacam2 yang kami perlu selesaikan untuk bergraduasi.ya ALLAH,permudahkan urusan kami.

segalanya bermula disini

Hanya 14 minggu kami disini,pelbagai kenangan yang perlu dikutip untuk tatapan masa hadapan.Bak kata kawan sy, 'semua ini sejarah buat kita'.Jadi kami ambil masa diawal sem ini (sebelum asigment+thesis melanda ) untuk abadikan kenaangan bersama kawan-kawan.hehe

Bunyinye macam kelakar kn,tp 10 tahun akan datang kenangan ni la yang akan menjadi 'sejarah' buat kita. Saya sentiasa tersenyum bila,ingat balik kenangan2 mula2 masuk usim pd 2010. Kisah semalam adalah kenangan.esok dan lusa adalah sejarah yang tidak mungkin akan berulang.Masya allah





 Mereka adalah kekuatan buat saya dikala stress dengan asigmnet..hihi.

Thursday 1 August 2013

Sanah Helwah Ya Sodiqoti

:: 24 ramadhan ::
Bismillah...
Alhamdulillah,syukur ya allah masih diberi kesempatan untuk merasai lagi nikmat bulan ramadhan ini.Allahu rabbi,cepat betul masa berlalu.Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak lama lg.adakah ini ramadhan terakhir buat kita??/ya allah,pnjag lah umurku,untuk merasai lagi nikmat ramadhan akan dtg.

1 ogos,merupakan hari kelahiran sahabat seperjuanganku. Sanah helwah ya ukhti mahbubah!!Tiada hadiah seberat emas,tiada hadiah besar,cukup lah setangkai doa yang sentiasa mengiringimu..

SELAMAT HARI TUA..HEHE
 Semoga allah memberkatimu,memperluasakn pintu rezeki,memanjangkan umur,dan diperkuatkan iman..last sekali, SEMOGA CEPAT SAMPAI JODOH..hehehe



                               TERIMA KASIH ALLAH.,

Kerana hadirkan seorang teman buatku.Hadirnya pengubat dikala sunyi.Sungguh tidak kusangka akan pertemuan ini,Namun hati tetap bersyukur dianugerahkan seorang sahabat yang sentiasa sabar melayan kerenahku,kekuatan tautan hati kami atas dasar   perjuangan ya allah.

DUHAI ALLAH,

  kuatkanlah iman kami,panjangkan lah umur kami,murahkan rezeki yang melimpah ruah utnuk kami,Kuatkan lah tautan mahabbah diantara kami,jika kami berpisah didunia,temuilah kami disyurga mu ya allah.

YA RABB,

Manfaatkan lah ilmu yang kami pelajari,kuatkan ingatan kami atas dasar mencari ilmu agamu ya allah..perteguhkan lah kekuatan akal fikiran kami,kerana hidup dan mati kami hanya mencari jalan agamaMu ,.

  • ASIAH CHE HASSIN & NOOR SHAHIDA MANAF





ampun dan maaf andai Pernah mengguris hatimu,sungguh, uhibbuki fillah




Coretan ikhlas,
dada cute.



Friday 31 May 2013

:::: JODOH ITU RAHSIA ALLAH ::::



Assalamualaikum,dan salam kasih sayang semua :)
sekarang musim cuti sekolah kn?? Alhamdulillah,ramai sangat2 yang mendirikan Baitul muslim sempena cuti sekolah ini. Maklum laaa,nk rebut peluang semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama bukanyee senang kn.. dan ramai juga yg kawin muda diusia awal 20-an..Alhamdulillah jodoh mereka sampai awal..

Jodoh datang tidak dipinta,Namun semuanya ketentuan Allah semuanya.Ada yg belum bersedia,tiba-tiba disebalik tidak bersedia itu allah dtgkn 'imam' buatnya.Namun,ada yang ditunggu-tunggu tak juga tiba bakal 'imam' itu..Duhai hati,bersabarlah..cepat atau lambat,surat tersurat di luh mahfiz siapa jodohmu.

Ada juga yang bercinta cintun hampir 10 tahun. Tapi takdir allah,tidak dapat diduga.Jodoh yg diharap berkekalan tidak sampai ke jinjing pelamin.Semua 'kuasa' ditangan allah. Tetapi,ada yg tidak pernah kenal,apatah lagi bersua dan bercakap.tup2 mereka bertemu jodoh. Masya Allah...
IndahNya aturan Allah kn..

                           ya ALLAH,jika aku jatuh cinta
                          cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU
                          agar bertambah kekuatanku untuk mencintainya

Namun agak kecewa dengan segelintir remaja zaman sekarang. Mereka terlaku taasub dgn 'cinta monyet'.hehe..sy dulu pon pernah remaja. Pengalaman sebagai remaja itu la sy jadikan sebagai pengalaman yg paling tidak dpt dilupakan.Bukan mengalaman 'bercinta na'..heee..xsalah nak bercinta wahai sahabt sekalian.tetapi,cuma pandai-pandai la menjaga diri agar tidak 'terbabas'.Konsep cinta islamik heboh diperkatakan,Namun bukanye senang nk bercinta secara islamik kn.Hati yang berkata tidak diikuti dengan perbuatan.Senang2 terus kawin la ye..

Ada segelintir mereka tidak mengetahui jodoh mereka..Jalan terbaik adalah meminta petunjuk allah,iaitu solat istiqaroh.Jika petunjuk baik,maka dia adalah jodoh terbaik mu.Dan untuk mnegetahui dia adalah jodoh kita,apabila denganya hati kita menjadi tenang..

Oleh itu,bagi yang sudah 'terusik hatinya' maka percepatkan walimahnya..Usah ditangguhkan bait muslim itu,kerana ada ganjaran didepannya,Jangan takut kawin muda,dengan alasan belum bersedia,xcukup duit dan sebagainya. Namun,percayalah allah akan meberikan keluasan rezeki buat mereka yang mengidupkan sunnahNya.. SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat2 yang mendirikan bait muslim..Doakan saya juga..hehehe..

Thursday 30 May 2013

ALLAH Uji Tandanya Sayang




ALHAMDULILLAH..Pada hari jumaat yang barakah ini,sy diuji dengan ujian yang amat berat sekali. Tapi seberat manapun Ujian ini,tak dapat dibandingkan lagi dgn Ujian yg terpaksa dipikul oleh Junjungan nabi Muhammad SAW. Allahuakbar !!!Tabahnya Beliau...
Asssigment yang sy buat dan yang paling agak berat sekali sehingga saya tidur pukul 6.30 pagi hilang begitu sahaja. Namun,hati saya tetap husnulzOn, mungkin allah nak uji saya bilamana hati saya 'berbunga-bunga' nk balik esk.

Perancangan allah adalah sebaik-baik perancangan. Bilamana diuji,sy cuba muhasabah diri .Mungkin segala kekurangan pada saya sebelum ini,allah uji pada hari jumaat yang barOkah ini.. Subhanallah..
Bila saya teringat balik,ada 'hikmah' jugak saya balik pada 1.6 ( my special besday). Allah !! Rupa-rupanya allah nak uji. Terima kasih ya allah atas ujian ini. Hambamu ini redha dan pasrah.

Apabila kawan-kawan tanya kenapa balik lewat,sedangkan ramai yang balik pada 31.5.Namun,dengan pantas sy menjawab, ' takot-takot ada assigmnt yang belum submit,dan dr mikail bagi asgmnt xtentu,bila dia kata nak,terpaksa la pelajar mithali menurut segala arahanya'. Subhanallah,ini rupa-rupanya hikmat allah.

Apabila menerima ujian,jangan lah terus putus asa.Cuba muhasabah diri. Pada mulanya,sy agak 'give-up' namun setelah muhasabah balik apa hikmat disebalik apa yg berlaku ini,sy kembali 'cool' malah boleh gelak lagi.Tiada guna kita menangisi segala ujian yang allah bagi,namun terima la dengan hati yang redha.

        Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNy

Siapa tak sedih kn?? hanya tunggu nak print dan submit je.assigment ni mmg agak 'mencabar' juga,berbanding dengan yg sebelum ni kerana terpaksa 'main' dgn nombor.sy mmg agak 'malas' kerja2 yang berkaitan dengan nombor. Sanggup bersengkang mata,tak cukup tidur,sakit belakang,sakit kepala dan paling tidak lupa, saya buat assigment tu sambil 'selsema menjelma'.Dalam keadaan kesihatan tidak berapa stabil,sy gagahkan juga untuk siapkan .Namun,yg pastinya sy buat semua tu dengan ikhlas,dan terima ujian ini juga dengan redha.

Rupa-rupanya allah hadirkan 2ujian buat sy sebelum balik kg..Terima kasih ya Allah ats ujianmu ini.Walaupun hati da 'berbunga-bunga' teringat 'jalan rumah'.hehe..homesick plak..insya ALLAH,sy akan cuba buat balik dengan 'hati yang kuat'.

Ujian ALLAH datang tanpa mengenal waktunya. Sentiasa la berhusnuzOn dalam setiap musibah yg datang,kerana setiap musibah mahupun ujian itu ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu. Segalanya Niat kerana ALLAH TAALA.Mulakan dengan Bismillah.. <3 *___*

Tuesday 28 May 2013

Mencari Redha ALLAH



Assalamualaikum wbt
bagaimana iman kwn2 semua??bagaimana nk tingkatkn iman dan taqwa pd allah?/bagaimana nak cari REDHA ALLAH??haaaa,meh sni sy nk kongsikan sekadar sdikit pngetahuan saya.. ^--^

Jika hidup ini bukan kerana allah,amatlah sia-sia sahaja.Jika mengharapkan syurga allah,cari la bekalan akhirat agar kita sudah bersedia menghadapinya..masya allah...

Syurga allah amatlah mahal <3
Namun,jika kita dahulukan akhirat berbanding dunia,amatlah senang menjadi penghuni syurga.
Moga kita tergolong dikalangan para soleh dan solehah dan menjadi penghuni syurga..
amin2 ya allah..hamba dambakan syurgamu..

Rasulullah saw telah bersabda: “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

BAGAIMANA NAK CARI REDHA ALLAH..
*-melakukan suruhan dan meninggalkan segala larangannyee
*- sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik
*- menjauhkan dari segala perkara yang melalaikan
*- memperbanyakkan amalan sunat
*- sentiasa mendekatkan diri pada Nya
*- sentiasa bertaubat apabila sedar melakukan kesilapan

ANTARA SIFAT YANG TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH
# riak dan takabbur
# sombong


# menipu (munafik)
# tidak menunaikan janji
# tidak amanah


Hati perlu sentiasa ' dibersihkan' agar tiada kekotoran yang bersarang dalam tubuh kita.Apapun yang kita buat,segalanya bermula dengan 'niat'.jika niat kejalan yg betul,maka pahala yg dapat.Namun,jika niat kearah kebaikan,senang2 sahaja malaikat mencatat dosa kita kn?? Ayuh sahabat2 semua,jom sama2 kita mencari redha allah agar bertemu lagi 'disyurga allah'..amin2





Jika redha allah yang didambakan,insya allah allah sentiasa dekat dengan kita.bukan pujian yang kudambakan,tetapi cukuplah menggapai redha allah..moga kita tergolong didalam rahmat dan kasih sayang allah..sayang u all fillah