Sunday 14 April 2013

::: KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN :::

kitab suci allah

Alhamdulillah...

Alquran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada nabi kita muhammad s.a.w melalui malaikat jibril a.s..sebagai umat islam,sangat2 beruntung kerana dipilih oleh allah untuk mengayati isi yang terkandung didalam kitab suci ini.pelbagai isi yang terkandung didalam kitab suci itu.Ianya diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaanya kepada allah serta dipaparkan juga kisah-kisah teladan yang betul-betul berlaku sebelum turunnya alquran dan selepas turunya alquran...subhanallah...

"Sebaik-baik manusia dikalangan kamu adalah mereka yang mempelajari alquran dan mengajarkanya"-maksud hadis

Al-quran ini tidak mengira umur,mahupun pangkat..semua orang islam boleh membacanya.Seeloknya,diamalkan membacanya setiap hari.Antara adab-adab sebelum membaca al-quran :

1) mengambil wudhu'
2) menutup aurat  
3)meletakkan al-quran lebih tinggi dari kaki

Sekiranya belum lancar bacaanya,boleh berguru dengan orang2 yang fasih dari segi bacaan dan juga makhraj.Allah memuliaakan orang-orang yang selalu mengamalkan bacaan didalam kehidupan harianya.
Antara kelebihan membaca al-quran :

1) Membaca satu huruf al-quran akan memperoleh kebaikan
Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-quran ,maka ia memperoleh satu kebaikan,sedang satu kebaikan iti akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.Aku tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf,tetapi alif adalah satu huruf,lam satu huruf dan mim juga satu huruf.

2) Al-quran akan memberi pertolongan pada hari akhirat

3)pahala buat mereka yang lancar dan juga yang tidak lancar ( yang berusaha untuk memperbaiki bacaanya)

4)Syurga untuk orang ahli al-quran iaitu sebanyak mana yang dibaca sewaktu didunia

5)pendamping al-quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemuliaan serta mendapat keredhaan allah

6) hidupnya akan sentiasa diberkati allah

orang yang selalu dekat dengan allah,insyallah allah akan selalu dekatnya.dan juga orang yang sentiasa berdamping dengan kitab suci allah ini,dan mengamalkannya dalam kehidupam seharian allah akan mengangkat tnggi darjatnya.
Alhamdulillah,moga redha allah mengiringi kita. (**)


jadikan al-quran itu sebagai pendamping hidup dan juga penawar segala masalah.





No comments:

Post a Comment