Tuesday 9 April 2013

   INDAHNYA BERSABAR,,,

    
     ALHAMDULILLAH...masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dibumi allah ini..apa khabar sahabat2 smua??bgaimana dgn iman kita hari ni??moga dibawah lindungan rahmat dan kasih syg allah s.a.w..
Entry kali ni,sy ingin berkongsi tentang INDAHNYA BERSABAR..pernahkah kita mengalami ujian dari allah??mengalami masalah dgn kwn2??masalah peribadi dan sebagainya??MASYA ALLAH...kita adalah manusia yang terpilih untuk menerima ujian ini..pernahkah kalian terfikir,setiap masalah yang diuji itu sebagai penghapus dosa??setiap masalah ad jln penyelesainya,,semuanya niat kerana ALLAH s.a.w..

sabar itu kunci pembuka pertolongan allah s.a.W
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar."

    Antara keutamaan sifat sabar ialah :
.   #masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
.   #diampunkan dosa-dosa yang lalu
   .# memilliki iman yang sejati.


Masya allah,beruntungnya mereka yang diuji itu..allah uji maknanya allah SAYANG kita..didalam ALQURAN allah ada menyebut bahawa,setiap manusia pasti akan duiji..subhanallah!!sgt2 beruntung mereka yang menerima ujian allah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda :
' siapa yg ingin bersabar,maka allah akan memberikAN kesabaran kepadanya.Dia tidak memberikan  seseorang yg terbaik dan terluas daripada sabar "

Allah uji tanda allah sayang kita..Allah uji juga,mahu melihat KESABARAN kita..sejaun mana kita mampu bersabar dengan ujian allah didunia ini.Rasulullah mengajar ummatnya bersabar walaup sebesar manapun ujian itu.Beliau lagi hebat diuji berbanding dgn ujian kita yg hanya sebesar zarah..tp mampu lg bertahan..MASYA ALLAH..mulianya beliau..

Jika kita kalah menahan ujian,maka syaitan orang yg paling gembira sekali..antara tips menahan Sabar :
  < istighfar banyak
  <seusai solat,berdoa memohon pertolongan allah
  <mengadulah pd allah,jgn mengadu pada manusia
  <selalu baca quran ( in sya allah selepas baca hati akan tenang)
  <memohon petunjuk allah

in sya allah,moga kita insan terpilih yang berada dibawah lindungan allah s.a.w..jangan cepat mengalah dengan ujian yg allah bagi itu..SABAR ITU INDAH @_@

No comments:

Post a Comment