Tuesday 23 April 2013

;;;;;; Senyum ohhh Senyum ;;;;;;
Bismillahirrahmanirrahim.....Alhamdulillah berjumpa lagi kita untuk meneruskan sisa dakwah junjungan Nabi muhammad saw......

          Entry kali ni saya nak berkongsi tentang "senyuman" ^_^. Senyuman yang terukir dari raut wajah kita memberikan seribu pengertian. Senyuman  juga ad 2 jenis iaitu senyuman ikhlas dan juga senyuman palsu. Disebalik senyuman itu tersimpan seribu pengertian.Ada kalanya,orang buat-senyum meskipun hati sengsara.Adakalanya terus xd mood bila ada masalah. Bila hati berbicara,mulut hanya senyum *_*.Allah hadirkan manusia yang perbagai ragam..

*boleh jenguk link ini utk mngetahui makna senyuman 

sentiasa senyum walaupun pahit

senyum itu sedekah ^______________^
bagi yang nk cari pahala banyak2, jom senyum ye..tak salah jika memberi senyuman,kerana dengan senyuman boleh menghiburkan hati dan juga menhilangkan segala kedukaan..
SUBAHANALLAH MAHA SUCI ALLAH


Jika tak mampu sedekah dengan wang ringgit,cukuplah dengan senyuman dibibir manis anugerah allah itu.senyuman juga merupakan hidayah dari allah untuk semua hambanya dimuka bumi ini.
\\
RASULULLAH juga mengajar kita untuk senyum,kerana senyum merupakan 1 ibadah. Kadang-kadang tanpa disedari,senyum itu datang sendiri dari bibir manis kita.

    Antara kelebihan senyum itu ^_^
  # Senyum membuatkan kita nampak menarik
  #senyum membuatkan perasaan kita menjadi lebih baik
  #senyum dapat menjauhkan dari sifat negatif
  # senyum juga dapat menghilangkan stress

Sahabat-sahabat semua,jom senyum sama-sama nak cari pahala lebih ..semoga kita tergolong dikalangan ahli2 syurga.ALLAHUMMA AMIN..
    


Sunday 14 April 2013

::: KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN :::

kitab suci allah

Alhamdulillah...

Alquran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada nabi kita muhammad s.a.w melalui malaikat jibril a.s..sebagai umat islam,sangat2 beruntung kerana dipilih oleh allah untuk mengayati isi yang terkandung didalam kitab suci ini.pelbagai isi yang terkandung didalam kitab suci itu.Ianya diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaanya kepada allah serta dipaparkan juga kisah-kisah teladan yang betul-betul berlaku sebelum turunnya alquran dan selepas turunya alquran...subhanallah...

"Sebaik-baik manusia dikalangan kamu adalah mereka yang mempelajari alquran dan mengajarkanya"-maksud hadis

Al-quran ini tidak mengira umur,mahupun pangkat..semua orang islam boleh membacanya.Seeloknya,diamalkan membacanya setiap hari.Antara adab-adab sebelum membaca al-quran :

1) mengambil wudhu'
2) menutup aurat  
3)meletakkan al-quran lebih tinggi dari kaki

Sekiranya belum lancar bacaanya,boleh berguru dengan orang2 yang fasih dari segi bacaan dan juga makhraj.Allah memuliaakan orang-orang yang selalu mengamalkan bacaan didalam kehidupan harianya.
Antara kelebihan membaca al-quran :

1) Membaca satu huruf al-quran akan memperoleh kebaikan
Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-quran ,maka ia memperoleh satu kebaikan,sedang satu kebaikan iti akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.Aku tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf,tetapi alif adalah satu huruf,lam satu huruf dan mim juga satu huruf.

2) Al-quran akan memberi pertolongan pada hari akhirat

3)pahala buat mereka yang lancar dan juga yang tidak lancar ( yang berusaha untuk memperbaiki bacaanya)

4)Syurga untuk orang ahli al-quran iaitu sebanyak mana yang dibaca sewaktu didunia

5)pendamping al-quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemuliaan serta mendapat keredhaan allah

6) hidupnya akan sentiasa diberkati allah

orang yang selalu dekat dengan allah,insyallah allah akan selalu dekatnya.dan juga orang yang sentiasa berdamping dengan kitab suci allah ini,dan mengamalkannya dalam kehidupam seharian allah akan mengangkat tnggi darjatnya.
Alhamdulillah,moga redha allah mengiringi kita. (**)


jadikan al-quran itu sebagai pendamping hidup dan juga penawar segala masalah.





Tuesday 9 April 2013

   INDAHNYA BERSABAR,,,

    
     ALHAMDULILLAH...masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dibumi allah ini..apa khabar sahabat2 smua??bgaimana dgn iman kita hari ni??moga dibawah lindungan rahmat dan kasih syg allah s.a.w..
Entry kali ni,sy ingin berkongsi tentang INDAHNYA BERSABAR..pernahkah kita mengalami ujian dari allah??mengalami masalah dgn kwn2??masalah peribadi dan sebagainya??MASYA ALLAH...kita adalah manusia yang terpilih untuk menerima ujian ini..pernahkah kalian terfikir,setiap masalah yang diuji itu sebagai penghapus dosa??setiap masalah ad jln penyelesainya,,semuanya niat kerana ALLAH s.a.w..

sabar itu kunci pembuka pertolongan allah s.a.W
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar."

    Antara keutamaan sifat sabar ialah :
.   #masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
.   #diampunkan dosa-dosa yang lalu
   .# memilliki iman yang sejati.


Masya allah,beruntungnya mereka yang diuji itu..allah uji maknanya allah SAYANG kita..didalam ALQURAN allah ada menyebut bahawa,setiap manusia pasti akan duiji..subhanallah!!sgt2 beruntung mereka yang menerima ujian allah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda :
' siapa yg ingin bersabar,maka allah akan memberikAN kesabaran kepadanya.Dia tidak memberikan  seseorang yg terbaik dan terluas daripada sabar "

Allah uji tanda allah sayang kita..Allah uji juga,mahu melihat KESABARAN kita..sejaun mana kita mampu bersabar dengan ujian allah didunia ini.Rasulullah mengajar ummatnya bersabar walaup sebesar manapun ujian itu.Beliau lagi hebat diuji berbanding dgn ujian kita yg hanya sebesar zarah..tp mampu lg bertahan..MASYA ALLAH..mulianya beliau..

Jika kita kalah menahan ujian,maka syaitan orang yg paling gembira sekali..antara tips menahan Sabar :
  < istighfar banyak
  <seusai solat,berdoa memohon pertolongan allah
  <mengadulah pd allah,jgn mengadu pada manusia
  <selalu baca quran ( in sya allah selepas baca hati akan tenang)
  <memohon petunjuk allah

in sya allah,moga kita insan terpilih yang berada dibawah lindungan allah s.a.w..jangan cepat mengalah dengan ujian yg allah bagi itu..SABAR ITU INDAH @_@